Cara Berwuduk Dengan Betul

Cara Berwuduk Dengan Betul

Pengertian Wuduk:
Wuduk atau wudhu ialah salah satu cara untuk menyucikan diri daripada hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

Pengertian wuduk pada syarak ialah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.


Cara Berwuduk
1. Mulakan dengan membasuh pergelangan tangan.
Bacalah:

بِسْـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحْـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Maksud:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

🔵Pastikan pada anggota-anggota wuduk tiada apa-apa bahan yang dapat menghalang air seperti cat dan minyak.

Hukum: Sunat Wuduk

2. Berkumur-kumur

🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Sunat Wuduk

3. Bersihkan hidung. Caranya, sedut sedikit air ke dalam hidung dan hembus keluar perlahan-lahan.

🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Sunat Wuduk

4. Basuh seluruh muka sambil berniat wuduk di dalam hati.
Niat:

Maksud: Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala
(Berniat hanya di dalam hati dan tidak dilafazkan.)

🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Rukun Wuduk (wajib)

5. Basuh tangan hingga ke siku. Mulakan dengan tangan kanan. Kemudian, tangan kiri pula.

🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Rukun Wuduk (wajib)

6. Sapukan sedikit air pada bahagian gigi rambut.

🔵Pastikan air disapu pada bahagian kepala, bukan pada dahi.
🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Rukun Wuduk (wajib)

7. Basuh telinga. Basahkan tangan dengan air. Letakkan jari telunjuk pada pangkal lubang telinga dan ibu jari di belakang cuping telinga. Gerakkan ibu jari dari bawah ke atas.

🔵Basuh kedua-dua belah telinga secara serentak.
🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Sunat Wuduk

8. Basuh kaki hingga ke buku lali. Ratakan air di celah-celah jari kaki menggunakan jari tangan.

🔵Mulakan dengan kaki kanan diikuti dengan kaki kiri.
🔵Ulang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pahala sunat.

Hukum: Rukun Wuduk (wajib)

(PERHATIAN)
Ikut turutan yang betul.
Jika RUKUN wuduk (tidak dilakukan), wuduk TIDAK SAH kerana Rukun Wuduk adalah WAJIB
Jika SUNAT wuduk (tidak dilakukan), wuduk TETAP SAH

Silakan SHARE jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat :)

Comments